Followers

Thursday, March 8, 2012

photos00t !

Assalamualaikum to all readers!

Anda sihat ? Berharap sihat laa semua, sekarang musim tidak berape nak menentu betul tak ?.

Oke aku nak story sikit dalam kesibukan membuat assignment yg bertimbun timbun. Aku ada jugak meluangkan masa menolong kawan seperjuangan aku buat assignment deorang. Kawan perlukan model untuk photoshoot

jeng jengg jengggg ! ahha

aku laa modelnye tuh punn...haha
actually gambanya banyak jadi aku upload laa sikit. haaa
upload banyak banyak nanti bahaya.
ohh aku lupa tema photoshoot nie Ombak Rindu
aha mampoo??

nak tengok gamba
scrool scroll jangan malu malu..

:
:
:
:
:
:
:
:

#1

belakang takbir..wahh GitoWWW !


#2

Ewah ..ala ala hmmm


#3

" easy come, easy go "


#4

-_-v peace !

#5


#6

Last shoot..
model yang terlibat dalam photoshoot..



P/S Oke thanks so much to all readers. Kata akhir tunggu laa entry seterusnya akan di update soon !
btw even kita stress macam mananye pun, luangkan masa anda untuk merehatkan minda..
macam aku..photoshoot salah satu untuk aku hilang stress belajar


regards
gadap

Friday, March 2, 2012

Makamah ke ??

Hey peeps ! jazaqallah bagi orang Arab...

(ade ke orang Arabian kat blog aku ini)

Oke aku sebenarnya nak sok sek sok sek tentang nasib malang aku kat IPTA ni laa .

actually tak seberapa laa malangnye itu, action lebih. H A !


Tak berapa lama hari sebelum ini, aku ada kena panggil dengan Orang hatasan san laa sangat .

ini angkara FACEBOOK la .

cita dia sebergini, aku punya kolej peraturan terlalu ketat, then aku sok sek laa kat FB terkutuk mengutuk semua ada.. kerlasst kau jah krek krek !

pupak ade pulak stalker terhebat di malaya yang sent nama FB aku kat pihak atasan..deorang pon apa lagi gunakan teknologi canggih laa "Print Screen" H a! GITOWWW!

kesah pulak aku..!
then aku kena panggil masuk makamah..!
ha first inspiration aku ah "Bergini rupanya makamah kolej aku"?

bapak kecik..Oke kat dalam itu bermula la perbicaraan
( cewah macam retiss pulak turun naik makamah )

Hampir satu jam aku kat dalam .
yang best aku tak ada defend langsung .

deorang pung pang attack aku..ohh tergamam sejenak kalbu..

berkat aku baca segalah surah penerang hati, tolak bala..
aku mulakan percakapan..
H A ! aku pulak attack deorang .


atlast Alhamdulilah selesai..

p/s To my mom tunggu ye surat makamah tuh sampai rumah..


#masalah kecik pon nak saman saman , nak kata tak sekolah jadi pegawai ,
tapi Otak..hmm pikir sendiri...



Regards
Gadap...


Tuesday, February 7, 2012

0h Yeahhh !

Assalammualaikum and Hello ! peeps .

How good your feel tonight ?
Hopefully you guys ! have a good night ahead .

fuhhhFuhhh
Bersawang Blog aku ini.

malam ini aku bukan nak berceloteh panjang lebar, tapi just nak bagi tahu
aku akan memasuki pertandingan Nasyid antara Jabatan.

NAK JADI KAN KISAH NYA, Group aku la yang paling masalah dan paling "Cool", yela group kejuruteraan mekanikal(JKM).

Mana jabatan yang berani "beat" (JKM) hABAQ Mai nohh !

Tak percaya tanye laa Bebudak Politeknik satu Malaysia .
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL la yang paling terbesar sekali antara semua Politeknik dekat Malaysia ni .



EHH !

Tengok dah lari tajuk .

Aku kalau Bab membangga diri number One !
ekk jangan pikir lain maksud aku bangga secara sihat.

dah laa membebel je aku ni !


Berbalik Kepada kumpulan aku, tadi yang bermasalah tuh .

HAHAHA .

kalau di ingat kan kembali semasa berlatih mahu gelak sorang-sorang aku dalam bilik ni .

Bukan nak kata pulak,Dah la kumpulan "LAST MINUTE"
sebab apa aku kata bergitu ?

sebab Jabatan lain dah mula latihan seminggu awal seminggu yang ade pertandingan dan setiap Jabatan wajib hantar wakil.

Jabatan kejuruteraan mekanikal dapat Tahu pasal pertandingan nie lagi 2 hari nak pertandingan iaitu malam ini pertandingan itu .

Mula-mula group aku Naik HERAN apasal semua jabatan Berlatih Nasyid ni..
sumpah Poyo(dalam hati aku cakap)

last-last BAKKK !
HAA

lagi 2 hari tuh laa time nak cari ahli Kumpulan, pilih lagu, main alat-alat semua tuh .

Oke dah dapat lagu, perancanggan semua dahh siap, Beress bohh !
latih punya latih smpai hari terakhir "training" semangat menyanyi segala bagai.

pungpang-pungpang sampai pukul 3 pagi punya laa berharga masa last minute nie .
Sampai bergaduh dengan Kolej BLOCK sebelah sebab kacau deorang tidur .
HAHA SORRY KAWAN KACAU KORANG TIRUR.

berlatih punye pasal..sampai lupa nak bagi list name kumpulan untuk daftar pertandingan .
Dahh last minute jugak tuh berkejaran semata nak hanta borang daftar itu.
nak jadikan cerita kan...


pRAPPKKKK !

Tukar LAGU last-last minute .
Habiss laa~~

Motif ! lagu first Tinggi sangat .
HaHa .

Tukar lagu number 2, group aku pon struggle sampai gaduh-gaduh !
HAHA !

*
*
*
*
*
*
*
V

OKE TAMAT LAA CERITA 2 HARI ..

Nak cerita tentang malam ini pulak iaitu malam pertandingan .

Malam nie group aku yang paling Gempak ! DENGAN BERBEKALKAN selipar JEPUN je
Ingat nak buat tema lelaki kampung SEJATI!

HAHA !

GROUP dari Jabatan lain semua pakaian seragam semua sama, Kasut sarung segala bagai semua tuh .

AKU ?? APA ADA HALL JKM cOOl what !!
peduli apa group aku pakai selipar pon.

Oke nak Jadi kan cerita Lagi, Group kita orang yang paling lambat sampai ke tempat bertanding dah laa pakaian macam pelangi macam-macam warna ada.

Aku dengan group melangkah masuk dengan senyuman .
Oke fine ! memang segan gila .

lepas itu ketua pergi laa buat undian setelah dipanggil..
Undi punye undi

HAAAAA ! amik kau dapat Number SATU..mean first group yang akan mulakan persembahan..
haha yang ini bukan last minute !!!


Lepas dipanggil untuk mulakan persembahan, group aku pon menuju ke pentas..
dengan gagah berani kiteorang lalu ikut depan pintu masuk..memang beradap gile..
padahal group lain semuanya masuk ikut pintu belakang, Hormat katenye laa..! puihh !

oke lepas masa nyanyi degan lirik tak hafal, yela last minute semuanya kan..
aku pon nyanyi lalalalala semuatuh then terima kasih...

p/s semua perancangan yang dibuat bagai naik rak..semua lupe bile naik pentas..


lepas habis tuh kiteorang pon naik la duduk kat tempat penonton untuk saksikan Jabatan lain pulak buat persembahan...

persembahan aku aspect gempak laa pasal deorang dahh mula training awal daripada group aku kan..

sekali pungpang-punpang deorang nyanyi kat depan pentas haremmm lagi ROSAK dari group kiteorang hancuss !..

Aku ingat group aku yang paling teruk...sekali ada yang lagi teruk pun ada..
HAHAHA


Oke sampi sini jee laa esok aku ade class pagi pukul 8 .

overall persembahan boleh laa..
maaf laa gamba tak ada..camera tertinggal kat Kolej asrama..

tapi esok dapat tahu keputusan sapa yang menang ?!

JKM memang tak harap pon menang . kiteorang Join sebab tak nak bagi malu Jabatan je..
sebab tak ada wakil .

that why laa kiteorang buat muke tebal join jugak..

# masih tak terlambat aku nak ucapkan selamat Hari Maulidur Rasul !

mari lah kita berselawat keatas rasul hendaknya.


Regards
Gaddafi asward
























Monday, December 12, 2011

Tiupan sangkakala TANDA KEKUASAANNYA !!

Assalamualaikum pembaca sekali lagi kita bersua..?

BERSUA ?

Alarhh act laa cikit haisshhhh..


entry kali ini tersangat la panjang(tak laa panjang mana pon). Petang tadi aku pegi la DEWAN PERPUSTAKAAN DAN PUSTAKA ! Haa curlastt kau..haha

Aku ada laa ketemu dengan satu buku berkaitan Agama islam ini memang Holioo! menggigil aku bace(sumpah aku tipu)

kamu kamu kamu kamu!(lyric lagu dimana2) nak tahu apa yang aku baca ?

Berharap korang baca dengan penuh kesabaran okey !!
okey leeteeuuww


Bismilah~

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Allahualam

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Regards,
gaddafi asward

Sunday, December 11, 2011

This course is suitable for me ?

Assalamualaikum Reeds. This Entry mayb quite short and it's all about my result for first semester.

I'm really feel a bit sad and so disappointed with my bad result.

Sound not good right?,

YES you are !

Kadang-kadang aku pon terpikir betulke apa yang aku pilih ini adalah masa depan aku ?.


Because the Line that I take now is totally different
from what I learned in school, at School i'm taking accountancy but in IPTA i'm taking mechanical Engineering dan semua orang tahu jurusan ini memang susah dan sangat susah nak bawak.

should I take accountancy back ?.
EEErrgghh serabut.



Overall aku sangat Bersyukur kepada Allah SWT dengan segala keputusan yang diberi
even pointer 2.7+ tak dapat pointer 3 dan keatas tapi itu tidak bermakna aku kalah right ?.


perkara yang buat aku kecewa, aku kantoi satu paper dan pointer semester satu la kena bagi pointer 3 dan keatas sebab pointer semester satu la akan mempengaruhi sampai ke semester akhir nanti... Tapi!.
EEErrgghh forget it !!

sudah melalut pulak okey berbalik dengan paper fail tadi

Maybe paper fail sudah sinonim didengari
kepada student yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi



Tapi bagi aku ia satu kesilapan yang amat menyesal.. macam buang masa belajar benda yang sama. Kantoi dengan subject yang paling killer pulak tuh !.

so damn to taking this subject once again..

One more that make me lagi kecewa pointer semester satu laa kena fight sebab pointer akan senang turun, dan susah naik


jadi kepada sape-sape yang nak amik engineering pikir puluhan kali okey !
saya tidak kata jurusan lain itu senang okey.

Just nak suruh korang buat pilihan yang terbaik
nanti tidak la menyesal di kemudian hari.




Tahniah jugak saya wish kan kepada kawan-kawan yang dapat dekan even dari jurusan lain.So itu la keputusan Result aku untuk perjalanan aku yang pertama even tak dapat dekan dan memang tak harap pon.


p/s Now i'm bit worried whether I should continue with this line or not. Tettttttt
Biarlah rahsia..




sorry this entry is not so interesting no pictures, no joking and whatever so i'm still hope more meaningful next year from this year


#saya akan jadi fasititator untuk students baru sem depan masuk.
(itu je berita baik) =.="


sincerely from the heart
gaddafi asward

Tuesday, December 6, 2011

part 2

Bagaimana Nak Mengetahui Lelaki Teruna part 2


Salam semua masih ingat entry sebelum ini aku ade cerita tentang cara mengetahui teruna dan aku janji nak ade (part 2) kan haa ini la, Tapi klu ikut negara barat kalau seorang lelaki still teruna akan di pandang enteng mereka menganggap seperti tidak matang.


Aku ada tebaca satu page tu xhabis2 hembus/ kutuk pasal bagaimana nak mengetahui perempuan tu ada dara ke tak.So girl i'm backup Uollsss okey !
Haaaa kalini aku sekali lagi nak kongsi pendapat dan maklumat aku ambil dari dunia ni.

Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak.(part 2)

Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.





1. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.



2. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.



3. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.



4. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.



5. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.



6. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.



7. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.



8. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik



9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.



10. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.





Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan.



p/s saya masih Teruna




salam
gaddafiasward

Tuesday, November 29, 2011

Haa Teruna ?

Selalu ramai orang memperkatakan tentang DARA bila mahkota sesuatu gadis tuh musnah(dara) gadis itu terus dihangap hina,pelacur etc...Padahal kite tak tahu mungkin gadis tersebut dipaksa,memaksa segala sa la, yang sebaliknya tuh tak diambil kira laa..Tuh memang cari penyakit sendiri..

entry kali ini saya nak cerita serba sedikit tentang tips untuk kaum hawa untuk mengetahui Boyfriend anda masih teruna atau sebaliknya.







KESAN TERUNA LELAKI




Teruna lelaki seringkali dipandang remeh oleh kaum wanita. Jangan dipandnag remeh sangat sebab kadangkala ia boleh membuktikan bahawa lelaki tersebut telah melakukan perkara itu (zina) dengan orang lain ataupun tidak.

Kalau ramai lelaki kat luar sana selalu memikirkan tentang dara seorang gadis atau wanita kenapa pula kaum hawa ini tidak perlu memikirkan tentang teruna kaum lelaki. Walaupun ada segelintir kaum hawa yang mengambil tahu tentang perkara ini namun ia tidak akan merubah apa-apa. Cuma hanya sekadar untuk info atau pengetahuan sahaja.


Mungkin juga ramai wanita di luar sana yang mahu mengahwini lelaki yang berstatus teruna dan ada juga kyang tidak ambil kisah mengenai perkara itu. Mereka yang mengambil tahu tentang perkara ini adalah mereka yang mahu mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga. Namun sekarang mungkin sudah tidak ramai lelaki yang mempunyai status teruna.


Bagi kaum wanita yang mahu mengambil tahu tentang perkara ini boleh melihat tips dan juga pandnagan di bawah tentang cara mengesan teruna lelaki.




TIPS CARA KESAN TERUNA LELAKI










Pertama :
Lelaki yang berstatus teruna kebiasaannya akan melihat wajah perempuan atau muka seseorang gadis. Manakala lelaki yang tiada teruna selalunya lebih tertarik pada tubuh seseorang wanita.


Kedua :
Lelaki yang berstatus teruna kebiasaannya akan mengalihkan perhatian apabila diperhatikan oleh seseorang gadis atau wanita. Namun bagi lelaki yang tiada teruna selalunya akan tetap memandang wanita tersebut tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain.


Ketiga :
Lelaki teruna akan tunduk ke bawah apabila diperhatikan oleh wanita. Lelaki yang tiada teruna pula akan menunjukkan reaksi bersahaja.


Keempat :
Lelaki yang masih lagi teruna akan malu-malu apabila makan di hadapan wanita cantik manakala lelaki yang tiada teruna kebiasaannya akan menunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.



p/s : Nantikan cara mengesan teruna lelaki untuk bahagian kedua nanti.



mastermind
gaddafiasward